Xiaomi Akan Menghentikan MIUI Versi Beta Untuk Model Bajet Redmi Bermula 5 Julai 2019 Comments Off on Xiaomi Akan Menghentikan MIUI Versi Beta Untuk Model Bajet Redmi Bermula 5 Julai 2019 290

Sebelum memperkenalkan pelbagai fungsi baharu untuk antaramuka MIUI, Xiaomi terlebih dahulu akan memberi peluang kepada pemilik peranti keluarannya untuk mengujinya melalui kemas kini versi beta. Namun berdasarkan kenyataan yang telah dibuat oleh Xiaomi melalui forum rasmi MIUI, mereka akan mula memperkenalkan perancangan baharu terhadap ketersediaan ROM beta untuk peranti keluarannya.

Bermula 5 Julai 2019 nanti, Xiaomi telah mengesahkan untuk menghentikan penawaran kemas kini MIUI versi beta untuk model telefon pintar bajet daripada sub-jenama Redmi. Keputusan ini mungkin diambil oleh Xiaomi berikutan sambutan yang kurang memberangsangkan terhadap program beta yang dibuka untuk peranti bajet keluaran Redmi seperti Redmi 6 dan juga Redmi 6A.

Mulai Julai 2019, peranti bajet Redmi dan juga peranti Xiaomi/Redmi yang berusia lebih daripada setahun tidak lagi akan menerima kemas kini MIUI versi beta.

Selain itu, Xiaomi juga turut mengehadkan ketersediaan kemas kini MIUI versi beta untuk telefon pintar keluarannya yang diperkenalkan kurang dari tempoh setahun di pasaran. Manakala peranti yang berusia lebih daripada setahun, secara automatik akan disingkirkan daripada program pengujian beta.

Sungguhpun begitu, keputusan yang telah diambil oleh Xiaomi ini tidak memberi impak terhadap pembangunan dan juga penerimaan kemas kini MIUI versi stabil untuk semua peranti Xiaomi ataupun Redmi.

sumber

Baca juga:

Xiaomi Rancang Untuk Mengoptimumkan Ruang Pengiklanan Pada MIUI Pada Masa Akan Datang

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend