Xiaomi Akan Menggunakan Panel LCD Dengan Teknologi Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Bermula Tahun Depan Comments Off on Xiaomi Akan Menggunakan Panel LCD Dengan Teknologi Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Bermula Tahun Depan

Baru-baru ini kami telahpun berkongsi berita mengenai teknologi pengimbas cap jari dalam skrin untuk panel LCD pertama di dunia yang dibangunkan oleh Fortsense. Ternyata penyelesaian yang berjaya ditemui oleh Fortsense itu telah mendapat perhatian Xiaomi apabila mengesahkan akan menggunakan panel LCD dengan teknologi pengimbas cap jari dalam skrin bermula tahun depan.

Perkara ini telah dimaklumkan sendiri oleh Pengarah Produk Xiaomi iaitu Wang Teng, dan tambah beliau telefon pintar dengan sokongan teknologi itu akan dijual pada harga kurang daripada CNY2,000 iaitu kira-kira RM1,228. Selain Xiaomi, berkemungkinan besar lebih banyak pengeluar akan turut menawarkan telefon pintar dengan sokongan teknologi yang sama pada masa akan datang.

Sebelum ini teknologi pengimbas cap jari dalam skrin hanya boleh digunakan pada panel skrin berasaskan OLED sahaja.

Sebagai rujukan, sebelum ini teknologi pengimbas cap jari dalam skrin hanya boleh digunakan pada panel skrin berasaskan OLED sahaja. Manakala peranti dengan sokongan panel LCD dilihat masih lagi menyokong teknologi sensor pengimbas cap jari konvensional.

Baca juga:

Fortsense Perkenal Teknologi Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Untuk Panel LCD Pertama Di Dunia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend