
Berikutan sambutan yang sangat tinggi terhadap model Xiaomi Mi 9 dalam jualan pertamanya di China, Zhang Feng selaku Naib Presiden Xiaomi telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan memastikan permintaan pasaran terhadap Mi 9 boleh dipenuhi. Menurutnya, lebih daripada 1 juta unit Xiaomi Mi 9 akan diedarkan untuk jualan.
Melalui kenyataan yang dibuat itu juga, Zhang Feng turut yakin prestasi jualan Mi 9 akan berjaya mengatasi jualan Redmi Note 7 yang mencatatkan lebih 1 juta unit dalam tempoh kurang satu bulan. Xiaomi Mi 9 akan ditawarkan dalam jualan kedua di China yang akan berlangsung pada 5 Mac nanti.
Spesifikasi Xiaomi Mi 9:
- MIUI 10 (Android 9.0 Pie)
- Qualcomm Snapdragon 855
- 6.39 inci AMOLED FHD+ (2340 x 1080 piksel)
- 6GB + 64GB / 8GB + 128GB
- Kamera utama: 48MP + 16MP (Ultra Wide) + 12MP (Telephoto)
- Kamera depan: 20MP
- 3300 mAh
- Quick Charge 4+ (27W)
- Teknologi pengecasan tanpa wayar 20W
- 157.5 x 74.7 x 7.6mm
- 173g
Baca juga:
Xiaomi Mi 9 Habis Terjual Dalam Tempoh Hanya 53 Saat Dalam Jualan Pertamanya Di China
Xiaomi Mi 9 Kini Menduduki Tangga Ketiga Dalam Carta DxOMark Dengan 107 Poin
Xiaomi Mi 9 Kini Rasmi Dengan Sokongan Qualcomm Snapdragon 855 Dan Tiga Kamera 48MP