Xiaomi Akan Melancarkan Produk Baharu Di India Pada 7 Mac 2018 Dengan Tagline ‘SwitchToSmart’ Comments Off on Xiaomi Akan Melancarkan Produk Baharu Di India Pada 7 Mac 2018 Dengan Tagline ‘SwitchToSmart’

Tinggal lagi dua hari sahaja lagi sebelum Xiaomi India akan melancarkan satu produk baharu untuk pasaran di India pada 7 Mac 2018 (Rabu) nanti.

Berdasarkan laman rasmi Mi India, produk misteri itu masih lagi dirahsiakan tetapi pelancarannya akan membawakan slogan ‘SwitchToSmart’. Malah Xiaomi juga dilihat telah berkongsi beberapa siri rangkaian gambar berbeza pada setiap hari sehingga hari pelancarannya nanti. Sungguhpun begitu, sehingga kini produk itu masih lagi dirahsiakan sehingga tiba hari pelancarannya nanti.

Apa yang pasti, Xiaomi dilihat telah berkongsi satu lagi gambar baharu yang menyaksikan gambar seperti sebuah speaker dengan teks bertulis ‘Listen to music the right way’ dan juga ‘Switch to amazing sound’. Jadi agak-agaknya apakah produk misteri yang akan dilancarkan itu nanti?!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend