Xiaomi Akan Melancarkan Fungsi MiLens Pada Mi Mix 2S Dalam Persaingan Dengan Google Lens Comments Off on Xiaomi Akan Melancarkan Fungsi MiLens Pada Mi Mix 2S Dalam Persaingan Dengan Google Lens

Pembantu maya adalah salah satu fungsi yang mendapat perhatian semenjak beberapa tahun ini. Langkah yang dimulakan nama-nama besar seperti Googel dan Amazon kini disusuli pula syarikat-syarikat lain. Tidak lama dahulu, Huawei memperkenalkan pembantu maya HiAssistant bagi memenuhi kehendak psaran China dan kini dilaporkan Xiaomi juga akan mengambil langkah serupa dengan memperkenalkan MiLens.

Walau bagaimanapun MiLens dilaporkan tidak akan mempunyai kemampuan sepenuhnya pembantu maya. Namun ia bertindak lebih kepada fungsi carian imej, sama seperti Google Lens dan juga Bixby pada aplikasi kamera Samsung. Apabila Mi Mix 2S diumumkan secara rasmi nanti, kitamungkin akan dapat melihat demonstrasi aplikasi MiLens. Oleh kerana aplikasi ini eksklusif untuk China, ia mungkin tidak akan menarik perhatian pasaran luar.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend