Xiaomi Adakan Promosi Di Lazada, Redmi Note 8 Pro Dan Redmi 8 Antara Yang Diberi Diskaun Hingga 32% Comments Off on Xiaomi Adakan Promosi Di Lazada, Redmi Note 8 Pro Dan Redmi 8 Antara Yang Diberi Diskaun Hingga 32%

Xiaomi Malaysia bakal mengadakan tawaran promosi sehari di Mi Store, Lazada pada 27 Mac 2020 bersempena dengan Ulang Tahun ke-8 Lazada.

Empat produk yang diberi diskaun itu adalah Redmi Note 8 Pro, Redmi 8, Redmi 7A, dan yang terbaru Redmi Note 9S.

Baca: Redmi Note 9S Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Daripada RM799

Redmi Note 8 Pro dan Redmi 8 masing-masing menerima potongan harga sehingga 32% menjadikan ianya dijual pada harga RM769 dan RM379 sebuah.

Disamping itu, anda juga boleh mendapatkan Redmi Note 9S pada harga promosi RM699 iaitu bersempena hari pertama penjualannya di Malaysia. Bagaimanapun tawaran untuk telefon terbaru ini hanya sah untuk tempoh dua jam dari 12 pagi hingga 2 pagi.

Jadi, apa salahnya anda tandakan kalendar pada hari Jumaat ini untuk menikmati tawaran menarik dari Xiaomi. Simpan pautan ini https://www.lazada.com.my/shop/xiaomi untuk anda membeli-belah.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend