Wiko Y60 Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM269 – 4G LTE dan Android 9.0 Pie (Go Edition) Comments Off on Wiko Y60 Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM269 – 4G LTE dan Android 9.0 Pie (Go Edition)

Hari ini Wiko Malaysia telahpun melancarkan secara rasmi telefon pintar bajet terbaharunya iaitu Wiko Y60 yang disasarkan untuk segmen kelas permulaan. Walaupun ditawarkan pada harga mampu milik, Wiko Y60 masih mampu memastikan sambungan Internet berkelajuan tinggi dengan sokongan rangkaian 4G LTE.

Wiko Y60 yang menawarkan paparan skrin berukuran 5.45 inci FWVGA+ (960 x 480 piksel) ini telah dioperasikan dengan Android 9.0 Pie (Go Edition). Ia juga dikuasakan dengan pemproses empat teras Cortex-A53 berkelajuan 1.3GHz, ruang storan sebesar 16GB, RAM berkapasiti 1GB, slot kad microSD sehingga 128GB, dan juga bateri sebesar 2500 mAh.

Aspek penggambaran, Wiko Y60 menyokong kamera utama beresolusi 5MP dengan ciri Face Beauty serta Live Portrait, dan juga kamera depan 5MP. Manakala untuk sambungan pula, ia tersedia dengan WiFi 802.11n, Bluetooth v4.2, microUSB 2.0, dan juga bicu audio 3.5mm.

Ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Gradient Dark Blue, Gradient Bleen atau Gold, dan ia akan dijual pada harga RM269 di seluruh negara bermula hari ini (24 April 2019). Untuk tempoh terhad iaitu sehingga 21 Mei 2019, setiap pembelian Wiko Y60 akan turut menerima hadiah percuma.

Selain didatangkan dengan jaminan waranti 1 tahun, Wiko Malaysia turut menjanjikan nilai belian yang lebih baik dengan waranti tukaran 1-ke-1 dalam tempoh 120 hari, bermula daripada tarikh pembelian.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend