Wiko View4 Lite Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga RM399, Bermula 17 Mac 2020 Comments Off on Wiko View4 Lite Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga RM399, Bermula 17 Mac 2020

Pengeluar telefon pintar yang berpangkalan dari Perancis iaitu Wiko, hari ini telah memperkenalkan satu lagi model terbaharunya untuk pasaran tempatan dengan penawaran model Wiko View4 Lite.

Menampilkan paparan skrin IPS LCD sebesar 6.52 inci HD+ (1600 x 720 piksel), View4 Lite telah dikuasakan dengan pemproses MediaTek 6762D A25 dan kombinasi memori 2GB RAM serta storan sebesar 64GB. Menariknya peranti ini juga dioperasikan dengan versi Android 10 yang terkini dan juga bateri sebesar 4000mAh.

Wiko View4 Lite menampilkan keupayaan penggambaran dwi kamera beresolusi 13MP + 2MP (Depth) yang dilengkapi mod kecantikan wajah, malam, HDR, AI, bokeh dan juga gerak perlahan. Manakala kamera depannya pula beresolusi 5MP yang ditempatkan pada takuk kecil pada skrin.

Wiko View4 Lite tersedia dalam tiga warna iaitu biru, hitam dan hijau dan ia akan dijual pada harga RM399 bermula 17 Mac 2020. Lebih istimewa, bersempena pelancaran eksklusif di kedai rasmi Wiko di Lazada, anda boleh memilikinya pada harga hanya RM339 pada 17 hingga 19 Mac 2020.

Setiap pembelian Wiko View4 Lite akan didatangkan dengan 1 tahun jaminan waranti, dan juga layak untuk menikmati penukaran 1-ke-1 dalam tempoh 120 hari yang bermula pada tarikh pembelian.

  • Beli Wiko View4 Lite secara eksklusif di LAZADA
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend