WHO Mengistiharkan Wabak COVID-19 Sebagai Pandemik Comments Off on WHO Mengistiharkan Wabak COVID-19 Sebagai Pandemik

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini telah mengistiharkan wabak COVID-19 sebagai pandemik.

WHO melalui ketuanya Dr. Tedros Adhanom mengumumkannya selepas mendapati penularan wabak meningkat sebanyak 13-kali ganda di luar China selain jumlah negara yang terjejas meningkat tiga kali ganda.

Pandemik merupakan wabak yang menular secara besar-besaran yang merentas sempadan ke seluruh dunia. Ia melibatkan populasi yang besar dengan kadar serangan yang tinggi dalam masa singkat.

Gambar: KKM

Dalam pada itu, KKM dalam pengumuman terbaru ingin menasihatkan orang ramai yang telah menghadiri majlis agama “Ijtimak Tabligh” di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur pada 28 Feb hingga 1 Mac 2020 segera menghubungi pejabat kesihatan daerah yang terdekat. Langkah ini diambil bertujuan untuk membendung penularan daripada menjadi lebih teruk.

Setakat artikel ini ditulis, sebanyak 126,367 kes dan 4633 kematian direkodkan di 114 buah negara. Itali menunjukkan jumlah korban yang paling banyak

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend