WhatsApp Untuk Android Akan Hadir Dengan Kaedah Membalas Mesej Mirip Seperti Peranti iOS Comments Off on WhatsApp Untuk Android Akan Hadir Dengan Kaedah Membalas Mesej Mirip Seperti Peranti iOS 599

Apabila berbual di dalam ruang sembang WhatsApp, pemilik peranti Android perlu menyentuh mesej tertentu selama beberapa saat untuk memudahkan penerima merujuk balasan mesej yang dimaksudkan. Kaedah ini ternyata jauh lebih mudah pada peranti iOS kerana pengguna hanya perlu meleretkan mesej yang ingin dibalas ke kanan.

Nampaknya kaedah membalas mesej untuk peranti iOS itu akan turut boleh dinikmati oleh pengguna WhatsApp Android tidak lama lagi. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh kami, selepas kemas kini untuk fungsi itu sudah mula diterima oleh pengguna WhatsApp versi beta bermula malam tadi.

Memandangkan fungsi ini masih lagi dalam peringkat pengujian untuk pengguna beta, ketersediaan kemas kini rasminya mungkin akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend