WhatsApp Tidak Lagi Boleh Digunakan Di Peranti Lama Bermula 1 Februari 2020 Comments Off on WhatsApp Tidak Lagi Boleh Digunakan Di Peranti Lama Bermula 1 Februari 2020

Bermula 1 Februari 2020, pengguna telefon pintar lama tidak lagi boleh menggunakan aplikasi permesejan WhatsApp. Hal ini kerana pihak pembangun telah menghentikan kemas kini pada peranti Android diantara 2.3.7 dan 4.0.3 dan kebawah.

Kegagalan untuk menggunakan WhatsApp juga akan dihadapi oleh semua pengguna peranti Windows, malahan peranti iOS juga dilihat tersenarai memandangkan WhatsApp bakal menghentikan pengoperasian aplikasi pada iPhone dan iPad yang menggunakan iOS 8 dan kebawah.

WhatsApp turut memaklumkan bahawa peringatan akan diberikan kepada pengguna peranti yang tersenarai pada bila-bila masa sehingga penghujung bulan ini.

Bagaimanapun untuk peranti Android Lollipop dan iOS 9 keatas, mereka tidak perlu risau kerana WhatsApp boleh digunakan seperti biasa tanpa sebarang sekatan.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend