WhatsApp Sedang Membangunkan Tema Gelap Untuk Versi Web Dan Desktop Comments Off on WhatsApp Sedang Membangunkan Tema Gelap Untuk Versi Web Dan Desktop

Pembangun aplikasi permesejan paling popular WhatsApp sebelum ini telahpun memperkenalkan mod gelap bagi versi beta untuk peranti Android dan juga iOS. Ternyata ciri tersebut telahpun disahkan akan turut diperkenalkan untuk WhatsApp Web dan juga Desktop.

Perkara ini telah disahkan melalui laman wabetainfo, yang mana telah memaklumkan bahawa tema gelap itu kini sedang dibangunkan untuk kedua-dua platform tersebut pada masa akan datang.

Menurut maklumat yang dikongsikan, sokongan tema gelap untuk WhatsApp Web dan Desktop boleh diaktifkan melalui sokongan plug-in yang perlu dipasang pada komputer.

Bahkan antaramuka tema gelap untuk kedua-dua platform itu turut diperlihatkan, tetapi ia masih lagi belum sempurna kerana pilihan emoji masih lagi hadir dalam latar berwarna putih. Malah butang khas untuk mengaktifkan tema gelap ini akan turut diperkenalkan nanti.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend