WhatsApp Secara Rasminya Menamatkan Sokongannya Untuk Peranti Nokia S40 Comments Off on WhatsApp Secara Rasminya Menamatkan Sokongannya Untuk Peranti Nokia S40

Sebagaimana yang telah diumumkan sebelum ini, WhatsApp telahpun menamatkan sokongan perkhidmatannya untuk peranti Nokia S40 bermula 1 Januari 2019. Antara model yang terlibat termasuklah Nokia Asha 501, 210, 301 dan banyak lagi model yang dioperasikan dengan platform Nokia S40.

Menurut WhatsApp, aplikasi permesejan itu masih boleh digunakan seperti biasa pada peranti Nokia S40 sehingga 31 Disember 2019 nanti. Selepas tarikh itu kesemua perkhidmatan yang ditawarkan akan dihentikan sepenuhnya dan buat masa ini tiada lagi sebarang akaun baharu boleh dibuat.

Selain platform Nokia S40, WhatsApp juga akan turut menghentikan sokongan untuk Android 2.3.7 Gingerbread dan ke bawah, dan juga platform iOS 7 dan ke bawah menjelang 1 Februari 2020 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend