WhatsApp Menyekat 2 Juta Akaun Setiap Bulan Atas Sebab Spam 0 433

WhatsApp memiliki lebih satu bilion pengguna di seluruh dunia dan India pula merupakan negara yang paling ramai menggunakan aplikasi permesejan dari Facebook ini. Sebagai langkah pencegahan daripada berlakunya menyebaran berita palsu dan spam, WhatsApp hari ini tampil mengumumkan yang mana mereka telah menyekat 2 juta akaun sebulan.

Pengumuman ini dibuat oleh jurutera perisian WhatsApp, Matt Jones dalam taklimat di New Delhi baru-baru ini. Tambah Jones, WhatsApp telah berjaya mengharamkan 20% akaun sebaik ia didaftarkan. Manakala 75% akaun telah disekat menerusi algoritma tanpa sebarang campur tangan manusia. WhatsApp dapat mengesan akaun palsu ini melalui alamat IP, usia akaun, nombor telefon, lokasi akaun, dan kekerapan menghantar mesej.

Terdahulu, WhatsApp telah mengehadkan pemanjangan mesej kepada lima kali sahaja. Ini juga antara langkah membendung penyebaran berita palsu yang mengaitkan WhatsApp dengan insiden keganasan di India dan Myanmar tahun lalu.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend