WhatsApp Mengehadkan Perkongsian Mesej Bagi Mengelakkan Penyebaran Berita Palsu Comments Off on WhatsApp Mengehadkan Perkongsian Mesej Bagi Mengelakkan Penyebaran Berita Palsu 599

Aplikasi permesejan popular iaitu WhatsApp yang kini dimiliki oleh Facebook sebelum ini telah dituduh sebagai punca yang menyebabkan penyebaran berita palsu sekaligus telah menyebabkan berlakunya insiden keganasan. Ini berikutan pengenalan fungsi¬†‘forward’ atau perkongsian mesej yang boleh dipanjangkan ke ruang sembang lain dengan begitu mudah.

Nampaknya baru-baru ini WhatsApp telah mengambil keputusan drastik untuk mengehadkan keupayaaan untuk berkongsi teks mesej, gambar, video ataupun pautan ke ruang sembang yang lain secara serentak. Bermula hari ini, WhatsApp akan mengehadkan perkongsian atau ciri ‘forward’ itu kepada 20 orang sahaja, berbanding lebih 250 orang sebelum ini.

Apa yang lebih mengejutkan, pengguna WhatsApp di India telah menerima sekatan yang lebih ketara iaitu dihadkan setakat 5 orang sahaja. Perkara ini telah dipandang serius selepas tercetusnya insiden keganasan di India dan Myanmar, gara-gara penyebaran berita palsu melalui aplikasi WhatsApp.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend