WhatsApp Kini Menawarkan Panggilan Suara Dan Video Secara Berkumpulan Comments Off on WhatsApp Kini Menawarkan Panggilan Suara Dan Video Secara Berkumpulan

Sebanyak 2 billion minit panggilan dibuat sehari oleh pengguna WhatsApp di seluruh dunia. Hari ini, aplikasi permesejan paling popular, WhatsApp mengumumkan ketersediaan ciri terbaharu iaitu panggilan suara dan video secara berkumpulan.

Pengguna kini boleh membuat panggilan secara berkumpulan sehingga empat orang pada bila-bila masa. Caranya mudah sahaja dengan membuat satu panggilan suara atau video seterusnya menekan butang “add participant” di bahagian bucu kanan atas skrin telefon untuk menambah peserta.

 

Panggilan ini sentiasa disulitkan dan ia mampu berfungsi walaupun berlainan rangkaian selular. Ciri ini kini boleh digunakan di dua platfom iOS dan Android bermula hari ini.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend