WhatsApp Dilaporkan Sedang Membangunkan Fungsi ‘Boomerang’ Untuk Video Berdurasi Kurang 7 Saat Comments Off on WhatsApp Dilaporkan Sedang Membangunkan Fungsi ‘Boomerang’ Untuk Video Berdurasi Kurang 7 Saat

Anda mungkin sedia maklum bahawa Facebook sebelum ini telahpun mengambil alih beberapa aplikasi media sosial popular seperti Instagram pada tahun 2012, dan diikuti dengan WhatsApp pada tahun 2014. Memandangkan ia telah dimiliki satu entiti yang sama, maka tidak hairanlah jika Facebook cuba mengimplementasikan fungsi yang sama pada kesemua media sosial miliknya.

Baru-baru ini WhatsApp dipercayai sedang membangunkan satu lagi fungsi yang sememangnya popular di Instagram iaitu ‘Boomerang’ ke dalam aplikasi WhatsApp. Menurut sumber, fungsi ini sudahpun dibangunkan sejak minggu lepas dan ia masih lagi belum boleh diakses oleh pengguna WhatsApp, termasuklah pengguna versi beta.

Sama seperti Instagram, fungsi Boomerang di dalam WhatsApp boleh diakses melalui panel suntingan video dan ia hanya boleh dilakukan ke atas video berdurasi kurang 7 saat sahaja. Video Boomerang yang telah siap dihasilkan seterusnya boleh dihantar ke ruang chat ataupun dikongsikan ke Status di WhatsApp.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend