WhatsApp Bakal Sokong Fungsi Carian Imej Yang Diterima Menggunakan Perkhidmatan Google Images Comments Off on WhatsApp Bakal Sokong Fungsi Carian Imej Yang Diterima Menggunakan Perkhidmatan Google Images 287

Hari ini WhatsApp telah dilaporkan sedang menguji satu lagi fungsi baharu yang membolehkan pengguna membuat carian imej yang diterima menggunakan perkhidmatan Google Images. Melalui penawaran fungsi ini, pengguna aplikasi permesejan ini mampu mencari sumber ataupun maklumat berkaitan dengan gambar yang diterima itu dengan lebih mudah.

Apabila menerima gambar di WhatsApp, anda hanya perlu menekan gambar tersebut untuk beberapa saat dan kemudiannya fungsi carian itu boleh diakses melalui menu ‘Search image’. Gambar tersebut akan dimuat naik ke Google dan secara automatik hasil carian gambar akan dipaparkan pada pelayar web.

Walau bagaimanapun fungsi ini masih lagi dalam peringkat percubaan untuk peranti Android dan ia hanya tersedia untuk kegunaan dalaman pada WhatsApp beta versi 2.19.73 sahaja buat masa ini. Fungsi carian imej ini mungkin akan diperkenalkan kepada umum tidak lama lagi.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend