WhatsApp Bakal Menyokong Fungsi ‘Mark as read’ Dan ‘Mute’ Pada Ruangan Notifikasi Comments Off on WhatsApp Bakal Menyokong Fungsi ‘Mark as read’ Dan ‘Mute’ Pada Ruangan Notifikasi

Melalui perkongsian di laman rasmi wabetainfo, aplikasi permesejan popular WhatsApp bakal menerima fungsi baharu yang membolehkan penerima mesej untuk memilih tindakan yang ingin dilaksanakan pada mesej yang telah diterima. Dengan adanya fungsi baharu ini, pengguna boleh menekan butang ‘mark as read’ ataupun mengaktifkan fungsi ‘mute’ terus pada panel notifikasi.

Fungsi ‘Mark as read’ dan ‘mute’ kini dalam proses pengujian dan akan diperkenalkan pada aplikasi WhatsApp pada masa akan datang.

Apabila butang ‘mark as read’ diklik, penghantar mesej tersebut akan dapat melihat simbol dua blue ticks yang bermaksud mesej itu telah berjaya diterima dan dibaca oleh si penerima. Manakala fungsi ‘mute’ pula memudahkan si penerima untuk mematikan atau menghentikan penerimaan notifikasi daripada individu/kumpulan WhatsApp. Sungguhpun begitu, fungsi ‘mute’ masih lagi dalam peringkat pengujian buat masa ini.

Aplikasi WhatsApp versi beta yang kami gunakan masih belum menerima fungsi baharu ini.

Setakat ini kami dapat mengesahkan bahawa fungsi ini masih belum diterima oleh pengguna WhatsApp versi beta di Play Store, tetapi ia dijangka akan mula diperkenalkan tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend