WhatsApp Akan Memperkenalkan Mod Gelap dan Akses Aplikasi Menggunakan Pengimbas Cap Jari Comments Off on WhatsApp Akan Memperkenalkan Mod Gelap dan Akses Aplikasi Menggunakan Pengimbas Cap Jari 451

Berdasarkan daripada perkongsian terbaru, Whatsapp dikatakan sedang menguji dua ciri-ciri baharu yang akan diperkenalkan pada telefon pintar Android pada masa akan datang. Kedua-dua ciri-ciri baharu yang dimaksudkan adalah mod gelap yang sebelum ini dilaporkan telah dibangunkan sejak September 2018 yang lalu, manakala ciri kedua adalah fungsi untuk mengakses aplikasi menggunakan pengimbas cap jari.

Mod gelap

Walau bagaimanapun, kedua-dua fungsi yang sedang diuji ini hanya tersedia untuk pengguna aplikasi WhatsApp versi beta sahaja dan ia ditawarkan secara rawak kepada pengguna beta terpilih. Fungsi mod gelap telah ditawarkan melalui kemas kini WhatsApp beta versi 2.19.82, dan fungsi kedua itu pula disediakan dalam versi 2.19.83.

Fungsi untuk mengakses WhatsApp menggunakan pengimbas cap jari

Namun begitu, penawaran kemas kini kedua-dua fungsi baharu untuk aplikasi WhatsApp versi stabil masih lagi belum diketahui tarikh ketersediaannya.

Baca juga:

WhatsApp Bakal Sokong Fungsi Carian Imej Yang Diterima Menggunakan Perkhidmatan Google Images

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend