Western Union Perluas Akses Perkhidmatan Pemindahan Wang dengan Merchantrade di Malaysia 0 172

Western Union terkenal di kalangan warga asing yang bekerja di Malaysia dimana ia memudahkan mereka memindahkan mata wang merentas sempadan. Hari ini syarikat berkenaan mengukuhkan lagi rangkaiannya di seluruh negara melalui kerjasama bersama Merchantrade.

Western Union yang memiliki lebih daripada 2,400 ejen di negara ini menganggap kerjasama dengan Merchantrade akan meluaskan lagi akses perkhidmatan pemindahan wang domestik dan antarabangsa kepada pelanggan. Menerusi dua jenama besar ini, ia dapat memudahkan warga asing membuat pemindahan wang di mana sahaja dengan kombinasi 450 lokasi cawangan Merchantrade di Malaysia.

Western Union juga turut menyediakan perkhidmatannya melalui 100,000 mesin ATM and kios di seluruh dunia. Pada masa sama menjalankan transaksi dengan lebih daripada 150 jenis matawang. Bagi transaksi tunai, penerima perlu pergi ke ejen Western Union dan tunjukkan bukti pengenalan diri untuk menerima wang tunai yang dikirimkan. Bagi pemindahan wang ke akaun bank atau ke telefon mudah alih, wang tersebut akan dimasukkan terus ke dalam perantara yang telah dipilih.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend