Waze Pada Android Auto Kini Boleh Terus Digunakan Pada Telefon Pintar Android Comments Off on Waze Pada Android Auto Kini Boleh Terus Digunakan Pada Telefon Pintar Android 729

Sokongan aplikasi navigasi Waze pada Android Auto telah diperkenalkan genap setahun yang lepas iaitu pada Julai 2017. Walau bagaimanapun, untuk mengoperasikan aplikasi tersebut pengguna perlu memiliki unit radio dengan sokongan Android Auto.

Dengan kemas kini terbaru, kini pemilik peranti Android dengan sokongan aplikasi Android Auto boleh terus menggunakan aplikasi navigasi Waze terus pada skrin telefon pintar milik mereka. Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan menekan ikon navigasi pada antaramuka Android Auto, dan anda boleh memilih aplikasi Waze selain selain dari Google Maps.

Namun aplikasi Android Auto ini masih belum boleh disokong secara rasmi di negara ini, dan anda hanya boleh mencubanya dengan memuat turun fail APK Android Auto di Google.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend