Waze Kini Sokong Tetingkap ETA Untuk Memaparkan Informasi Trafik Comments Off on Waze Kini Sokong Tetingkap ETA Untuk Memaparkan Informasi Trafik 314

Aplikasi navigasi Waze merupakan alternatif yang sangat popular di kalangan pemilik peranti mudah alih kerana keupayaannya untuk mencari laluan paling pantas ke destinasi yang hendak dituju. Malah ia juga turut menawarkan laporan trafik yang agak lengkap berasaskan kepada komunitinya yang agak besar.

Kini pemilik peranti iOS telah menerima satu lagi fungsi baharu iaitu tetingkap ETA (Anggaran Masa Ketibaan) sebelum anda memulakan pemanduan. Melalui tetingkap ETA itu juga, pemandu boleh menentukan masa yang paling sesuai untuk memulakan perjalanan kerana mereka boleh melihat masa ketibaan yang paling pantas bergantung kepada waktu yang berbeza.

Sebenarnya fungsi ini sudahpun disokong oleh aplikasi Google Maps pada peranti mudah alih, tetapi fungsi ETA yang disediakan agak statik kerana pengguna tidak boleh melihat anggaran masa ketibaan dan juga trafik mengikut masa yang lebih spesifik.

Buat masa ini hanya peranti iOS sahaja yang menyokong fungsi ETA ini, dan berkemungkinan besar kemas kini baharu ini akan turut diterima oleh pengguna Android tidak lama lagi.

Muat turun untuk iOS : Waze

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend