Waze Kini Menyokong Apple CarPlay Melalui Kemas Kini Terbaru Comments Off on Waze Kini Menyokong Apple CarPlay Melalui Kemas Kini Terbaru

Bermula minggu lepas pengguna iOS 12 sudah boleh menggunakan Google Maps pada kenderaan mereka yang menyokong Apple CarPlay. Kini tiba giliran Waze pula mengeluarkan kemas kini terbaru membolehkan pengguna melancarkan aplikasi pada paparan infotament mereka.

Seperti sedia maklum Waze merupakan aplikasi peta yang paling popular digunakan di negara ini. Kebolehan Waze yang boleh membaca alamat sesuatu lokasi adalah sangat tepat jika dibandingkan dengan Apple Maps. Jadi tidak hairanlah ia juga boleh mengetahui kedudukan perangkap had laju di lebuh raya.

Dalam pengumuman iOS 12 pada acara Apple Special Event pertengahan bulan ini, Cupertino telah memaklumkan pada masa akan datang akan ada lebih banyak aplikasi yang menyokong Apple CarPlay pada kenderaan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend