Waze Kini Akan Memaparkan Poin Tambah Nilai Touch ‘n Go Tanpa Caj Yang Terdekat Comments Off on Waze Kini Akan Memaparkan Poin Tambah Nilai Touch ‘n Go Tanpa Caj Yang Terdekat

Sebagaimana yang kita sedia maklum, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sebelum ini telahpun membuat keputusan untuk menghentikan perkhidmatan tambah nilai kad Touch ‘n Go di semua lorong keluar plaza tol di lebuhraya berkenaan. Bagi memastikan kelancaran perjalanan, pengguna aplikasi Waze kini boleh mendapatkan sehingga 500 poin tambah nilai kad Touch ‘n Go tanpa caj di seluruh negara.

Kini dengan beberapa klik mudah pada telefon pintar untuk mengetahui poin tambah nilai tanpa caj yang paling dekat dengan lokasi semasa apabila sedang menggunakan aplikasi Waze. Sokongan fungsi baharu ini sememangnya sangat praktikal terutamanya bagi pengguna yang pastikan baki yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan yang lebih lancar.

Menariknya, Touch ‘n Go akan turut memperkenalkan fungsi baharu yang akan memaparkan lokasi Pusat Pemasangan RFID Touch ‘n Go, dan juga tapak letak kereta tanpa bayaran pada aplikasi Waze dalam masa terdekat ini.

Baca juga:

Touch ‘n Go eWallet Perkenal Kemudahan Pembayaran Parkir Kereta Di Lima Daerah

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend