Waspada Ada Pihak Menggunakan Peta Sebaran COVID-19 Untuk Sebar Malware Comments Off on Waspada Ada Pihak Menggunakan Peta Sebaran COVID-19 Untuk Sebar Malware

Dari hasil penelitian dan semakan yang dibuat oleh MCMC, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan dengan situasi COVID-19 yang baharu sahaja diumumkan sebagai satu pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Terdapat aplikasi komputer (Corona-virus-Map.com.exe) yang menyamar sebagai peta Coronavirus telah didapati menyebarkan Malware. Menurut penyelidik keselamatan siber, Shai Alfasi, malware tersebut telah menggunakan aplikasi untuk mencuri maklumat peribadi seperti nama pengguna, kata laluan, maklumat kad kredit dan maklumat lain yang disimpan dalam pelayar pengguna.

Malware yang dimaksudkan dikenali sebagai AZORult itu, pertama kali dilihat pada 2016. Apabila peralatan dijangkiti, ia digunakan untuk mencuri sejarah pelayaran, cookies, kata laluan, kunci mata wang kripto dan banyak lagi.

Jika anda ingin mendapatkan situasi terkini COVID-19, anda boleh melayari laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia serta Twitter dan Facebook rasmi mereka. Jangan cuba untuk memuat turun sebarang fail yang anda terima daripada sumber yang tidak diketahui.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend