Warna Baharu Misty Lavender Dan Mystic Blue Untuk HUAWEI P30 Pro Kini Tertiris Sebelum IFA 2019 Comments Off on Warna Baharu Misty Lavender Dan Mystic Blue Untuk HUAWEI P30 Pro Kini Tertiris Sebelum IFA 2019 247

Baru beberapa hari yang lalu HUAWEI dilaporkan akan memperkenalkan dua warna baharu untuk model P30 Pro iaitu Misty Lavender dan Mistic Blue yang akan didedahkan dalam acara IFA 2019 di Berlin pada 6 September nanti.

Ternyata tanpa perlu menunggu lama, portal winfuture sudahpun berjaya mendedahkan penampilan HUAWEI P30 Pro dalam dua warna baharu itu. Jika dilihat pada ketirisan gambar yang dikongsikan, kedua-dua warna ini menampilkan sentuhan dua tona yang sama seperti ‘warna panda’ yang akan diperkenalkan untuk model HUAWEI P30 nanti.

Warna ‘panda’ ini akan turut diperkenalkan pada model HUAWEI P30.

Selain daripada penampilan warna baharu dengan dua tona warna berbeza bagi menggantikan kemasan warna cerun ‘Twilight’ sebelum ini dipopularkan oleh HUAWEI P20 Pro, spesifikasi yang akan disokong oleh HUAWEI P30 Pro ini masih dikekalkan sama.

Baca juga:

HUAWEI P30 Pro Akan Diperkenalkan Dalam Dua Warna Baharu – Misty Lavender Dan Mystic Blue

Rekaan Dua Tona HUAWEI P30 Diperlihatkan Dalam Permohonan Paten Terbaru

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend