Vodafone Dan Huawei Bekerjasama Dalam Menawarkan Rangkaian 5G Di Qatar – Harga RM1,700 Sebulan Comments Off on Vodafone Dan Huawei Bekerjasama Dalam Menawarkan Rangkaian 5G Di Qatar – Harga RM1,700 Sebulan

Vodafone di Qatar baru-baru ini dilaporkan telah melancarkan perkhidmatan Internet rumah yang dikuasakan dengan rangkaian 5G, dikenali sebagai ‘Vodafone GigaHome’. Bagi menawarkan rangkaian Internet berkelajuan tinggi itu, Vodafone telah mendapatkan bantuan daripada rangkaian 5G yang dibangunkan oleh Huawei.

Terdapat tiga pakej ditawarkan untuk pengguna di Qatar untuk menikmati rangkaian 5G iaitu GigaHome Classic dengan kelajuan 100Mbps berharga QR350/bulan (RM397/bulan), GigaHome Premium dengan kelajuan 500Mbps berharga QR600/bulan (RM681/bulan), dan juga pakej tertinggi dengan kelajuan penuh 5G pada harga QR1,500/bulan (RM1,700/bulan).

Vodafone Qatar sebelum ini telah menjalinkan kerjasama dengan Huawei untuk membangunkan rangkaian 5G sejak Februari 2018 lagi, dan pada Ogos 2018 rangkaian 5G di sana telah dilancarkan secara rasmi. Namun hanya pada Januari 2019 yang lalu, Vodafone Qatar baru berjaya memperolehi lesen komersial operasi rangkaian 5G di negara itu.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend