Vivo Z3X Dengan Spesifikasi Kelas Pertengahan Diumumkan Di China, Guna Cipset Qualcomm Comments Off on Vivo Z3X Dengan Spesifikasi Kelas Pertengahan Diumumkan Di China, Guna Cipset Qualcomm

Sejak kebelakangan ini Vivo sangat rancak memperkenalkan telefon pintar baharu. Selepas mengumumkan Y17 minggu lalu kini tiba giliran Z3X pula untuk diumumkan. Pengumuman kali ini telah dibuat secara senyap-senyap dan perkara ini telah dihidu oleh pengamal medial antarabangsa.

Vivo Z3X didatangkan dengan paparan IPS 6.25-inci FHD+ bertakuk yang dikuasakan cipset Qualcomm Snapdragon 660, RAM 4GB, dan storan sebesar 64GB. Peranti ini dibekalkan dwi-kamera utama 13MP + 2MP serta kamera depan 16MP. Bateri yang dimuatkan pula adalah berkapasiti 3,260mAh yang boleh dicas pantas.

Sokongan lain yang turut dibawakan adalah sambungan 4G VoLTE, dwi-SIM hibrid, pengimbas cap jari biometrik, Face Unlock 2.0, Game Turbo, dan System Turbo. Peranti ini dijalankan di atas sistem operasi FunTouch OS 9.0 berasaskan Android 9 Pie.

Buat masa ini, Z3X hanya diumumkan untuk pasaran China dengan tanda harga CNY1,198 atau sekitar RM735 seunit.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend