Vivo Z3 Dengan Sokongan Snapdragon 710 Dan Teknologi Dual Turbo Kini Dilancarkan Secara Rasmi Comments Off on Vivo Z3 Dengan Sokongan Snapdragon 710 Dan Teknologi Dual Turbo Kini Dilancarkan Secara Rasmi

Baru minggu lepas Vivo dengan rasminya telah melancarkan model Vivo Z3i untuk pasaran di China yang memperlihatkan sokongan pemproses MediaTek Helio P60. Nampaknya kali ini giliran Vivo Z3 pula dilancarkan secara rasmi di negara itu, bagi menggantikan generasi pertamanya iaitu Vivo Z1.

Vivo Z3 menampilkan rekaan panel hadapan dan belakang yang diperbuat daripada kaca dengan sokongan kerangka logam. Berukuran 155.97 x 75.63 x 8.1mm, ia memiliki skrin IPS LCD berukuran 6.3 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel) dengan nisbah 19:9. Rekaan takuk kecil dan juga saiz bezel yang kecil ini juga secara tidak langsung mampu menjanjikan nisbah skrin-ke-kerangka yang sangat baik iaitu mencecah 90.3%.

Hadir dengan sokongan kombinasi RAM 6GB dan juga ruang storan 128GB, Vivo Z3 hadir dalam dua varian berbeza iaitu Qualcomm Snapdragon 660 dan juga Snapdragon 710. Dioperasikan dengan antaramuka FunTouch OS 4.5 berasaskan Android 8.1 Oreo, Vivo Z3 menjanjikan prestasi yang lebih baik dengan adanya teknologi Dual Turbo yang menjanjikan kelancaran pengoperasian sistem dan juga permainan.

Tidak cukup dengan itu, pengalaman permainan terasa lebih menarik kerana ia turut dilengkapi mod DND, mod Picture-in-Picture, paparan papan kekunci khas untuk permainan dan juga ciri gegaran 4D. Vivo Z3 juga hadir dengan dwi kamera AI beresolusi 16MP + 2MP, kamera hadapan 12MP, dan juga bateri 3315 mAh.

Harga jualan Vivo Z3 untuk pasaran China:

  • Snapdragon 670, 4GB + 64GB – CNY1,598 (kira-kira RM958)
  • Snapdragon 710, 6GB + 64GB – CNY1,898 (kira-kira RM1,138)
  • Snapdragon 710, 6GB + 128GB – CNY2,298 (kira-kira RM1,378)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend