Vivo Z1 Lite Dengan Sokongan Snapdragon 626 Dan 4GB RAM Kini Dilancarkan Secara Rasmi Comments Off on Vivo Z1 Lite Dengan Sokongan Snapdragon 626 Dan 4GB RAM Kini Dilancarkan Secara Rasmi

Jika artikel sebelum ini kami berkongsi pelancaran rasmi model Vivo Y95 di Filipina, nampaknya lain pula ceritanya di China apabila model Vivo Z1 Lite (juga dikenali sebagai Vivo Z1 Youth Edition) telah dilancarkan secara rasmi di negara itu. Merupakan varian lebih mampu milik untuk model Vivo Z1 yang diperkenalkan pada bulan Mei yang lalu, Vivo Z1 Lite menjanjikan spesifikasi lebih rendah untuk segmen pasaran berbeza.

Jika dilihat pada rekaan fizikalnya, ia kelihatan mirip seperti Vivo Z1 iaitu hadir dengan rekaan takuk yang agak lebar pada skrin. Bahkan Vivo Z1 Lite juga menyokong skrin IPS LCD berukuran 6.26 inci FHD+ (2280 x 1080 piksel) sama seperti Vivo Z1, tetapi kini dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 626, RAM berkapasiti 4GB dan juga ruang storan dalaman sebesar 32GB.

Vivo Z1 Lite menawarkan keupayaan penggambaran dwi kamera beresolusi 16MP + 2MP dengan sokongan sensor pengimbas cap jari pada panel belakangnya. Manakala untuk swafoto pula ia hadir dengan kamera beresolusi 16MP yang turut menyokong ciri Face Unlock. Dikuasakan dengan bateri berkapasiti 3260 mAh, ia menerima sentuhan antaramuka FunTouch OS 4.5 (Android 8.1 Oreo).

Ia kini sudah boleh dimiliki di China pada harga CNY1,098 (kira-kira RM662) dalam tiga warna pilihan iaitu warna kecerunan Aurora, Red dan juga Black.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend