Vivo Z1 Dengan Sokongan Snapdragon 660 Dan Skrin 6.26 Inci FHD+ Kini Dilancarkan Secara Rasmi Comments Off on Vivo Z1 Dengan Sokongan Snapdragon 660 Dan Skrin 6.26 Inci FHD+ Kini Dilancarkan Secara Rasmi

Buat pertama kalinya vivo telah memperkenalkan siri Z pertama keluarannya dengan pelancaran model terbarunya di China iaitu vivo Z1. Mengekalkan rekaan mirip seperti vivo V9, vivo Z1 yang dikelaskan untuk pasaran kelas pertengahan ini akan dijual pada harga yang lebih kompetitif berbanding vivo V9.

vivo Z1 menawarkan sokongan paparan skrin dengan nisbah 19:9 yang lebih kecil iaitu berukuran 6.26 inci FHD+ (2280 x 1080 piksel), sistem dwi kamera beresolusi 13 Megapiksel + 2 Megapiksel, kamera swafoto 12 Megapiksel dengan ciri Face Beauty, bateri berkapasiti 3260 mAh, dan akan dioperasikan oleh antaramuka Funtouch OS 4.0 berasaskan Android 8.1 Oreo.

Berbeza dengan vivo V9, model terbaru ini akan dikuasakan dengan pemproses berkeupayaan AI yang lebih baru iaitu Qualcomm Snapdragon 660. vivo Z1 hanya ditawarkan dalam satu varian iaitu 64GB + RAM 4GB dengan sokongan microSD sehingga 256GB. Tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu Porcelain Glaze Black, Hyun Screen Red dan Sapphire Blue, ia akan dijual pada harga CNY1,798 (kira-kira RM 1,120) pada 4 Jun 2018 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend