Vivo Y95 Dengan Skrin 6.22″ HD+, Snapdragon 439 Dan Bateri 4030 mAh Kini Dilancarkan Untuk Pasaran Filipina Comments Off on Vivo Y95 Dengan Skrin 6.22″ HD+, Snapdragon 439 Dan Bateri 4030 mAh Kini Dilancarkan Untuk Pasaran Filipina

Dalam diam-diam, Vivo baru-baru ini telah melancarkan Vivo Y95 bagi menggantikan model Vivo Y83 untuk pasaran di Filipina. Jika dilihat pada sokongan spesifikasinya yang disokong, model ini dislotkan antara model Vivo Y93 yang dilancarkan di India dan juga Vivo Y97 untuk pasaran China.

Vivo Y95 menyokong paparan skrin IPS LCD sebesar 6.22 inci HD+ (1520 x 720 piksel) dengan rekaan takuk kecil mirip seperti titisan air. Pada bahagian takuk itu turut menempatkan kamera swafoto beresolusi 20MP dengan keupayaan AI dan juga Face Beauty. Manakala untuk antaramukanya pula, ia hadir dengan sokongan FunTouch OS 4.5 berasaskan Android 8.1 Oreo.

Ia juga dijana dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 439 (12nm), dilengkapi sokongan RAM 4GB, ruang storan 64GB, dan turut dilengkapi dengan slot kad microSD. Sama seperti Vivo Y93, ia juga tersedia dengan bateri berkapasiti 4030 mAh dan juga memiliki sensor pengimbas cap jari pada panel belakangnya.

Vivo Y95 yang memiliki dwi kamera utama beresolusi 13MP + 2MP ini sudah mula dijual di Filipina pada harga PHP13,999 (kira-kira RM1,105). Terdapat dua warna pilihan ditawarkan iaitu Starry Night Black dan juga Aurora Red.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend