Vivo Y89 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Sokongan Snapdragon 626 Dan 4GB RAM Comments Off on Vivo Y89 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Sokongan Snapdragon 626 Dan 4GB RAM

Dalam diam-diam Vivo telah melancarkan sebuah model bajetnya dengan penawaran Vivo Y89 di China, dan model ini sudahpun mula dijual secara rasmi untuk pasaran tempatan.

Vivo Y89 dilihat masih mengekalkan rekaan fizikal yang mirip seperti model Vivo Y85 dan ia hadir dengan paparan skrin berukuran 6.26 inci IPS LCD FHD+ (2280 x 1080 piksel). Ia juga telah dijana oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 626 (14nm), dioperasikan dengan antaramuka Funtouch OS 4.0 berasaskan Android 8.1 Oreo, dan juga menyokong konfigurasi memori 4GB + 64GB.

Untuk penggambaran pula, ia dilengkapi dua lensa beresolusi 16MP (f/2.0) + 2MP (f/2.4) untuk kamera utama dan satu kamera depan beresolusi 16MP (f/2.0). Manakala untuk aspek ketahanan pengoperasian pula, Vivo Y89 tersedia dengan bateri berkapasiti 3260 mAh.

Vivo Y89 ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Black Gold dan juga Aurora yang hadir dengan efek warna kecerunan biru/ungu. Ia dijual pada harga CNY1,598 iaitu kira-kira RM970.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend