Vivo Y81 Boleh Dimiliki Pada Harga RM599 Untuk Tempoh Terhad – 29 Dis 2018 Hingga 1 Jan 2019 Comments Off on Vivo Y81 Boleh Dimiliki Pada Harga RM599 Untuk Tempoh Terhad – 29 Dis 2018 Hingga 1 Jan 2019

Sebagaimana yang telah kami kongsikan sebelum ini, pembeli telefon pintar daripada jenama Vivo boleh menyertai acara ‘Vivo Christmas Carnival’ yang menjanjikan pelbagai hadiah menarik seperti hadiah utama iaitu Proton Saga dan juga baucar tunai bernilai sehingga RM1 juta.

Jadi sekiranya anda bercadang untuk memiliki telefon pintar dengan harga di bawah RM600 dan dalam masa yang sama ingin menyertai acara yang dianjurkan, Vivo Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran rebat segera bernilai RM100 untuk pembelian model Vivo Y81. Kini anda boleh membeli Vivo Y81 pada harga hanya RM599 (harga asal RM699).

Promosi ini walau bagaimanapun boleh dinikmati untuk tempoh terhad iaitu bermula 29 Disember 2018 hingga 1 Januari 2019 nanti. Ia juga terhad selagi stok masih ada.

Spesifikasi Vivo Y81:

  • MediaTek Helio P22
  • FunTouch OS 4.0 (Android 8.1 Oreo)
  • 3GB + 32GB
  • 6.22 inci HD+ (1520 x 720 piksel)
  • Kamera utama: 13 Megapiksel (f/2.2)
  • Kamera hadapan: 5 Megapiksel (f/2.2)
  • 3260 mAh
  • microUSB, Bluetooth 5.0
  • Slot kad hibrid

Beli Vivo Y81 dengan harga promosi pada 29 Dis 2018 hingga 1 Jan 2019 di → Vivo Official Store Lazada

Baca juga:

Beli Model Vivo Dan Anda Berpeluang Memenangi Proton Saga Dan Hadiah Bernilai Sehingga RM1,000,000

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend