Vivo Y69 Dengan Kamera Swafoto 16 Megapiksel Kini Diturunkan Harga Kepada RM799 Comments Off on Vivo Y69 Dengan Kamera Swafoto 16 Megapiksel Kini Diturunkan Harga Kepada RM799

Kalau korang layak digelar sebagai ‘kaki selfie’ yang tegar dan galeri telefon korang penuh dengan gambar muka sendiri, vivo ada berita menarik ingin dikongsikan.

vivo Y69 yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia secara rasmi pada awal Oktober tahun lepas telah dijual pada harga RM999. Namun tidak sampai enam bulan berada di pasaran, harga jualan rasmi model itu telah diturunkan sebanyak RM200 dan menjadikan harga jualannya yang baru kini hanya RM799.

Untuk pengetahuan korang, vivo Y69 memfokuskan keupayaan penggambaran swafoto dengan sokongan lensa hadapan beresolusi 16 Megapiksel. Malah penggambaran di dalam persekitaran gelap juga tidak menjadi isu memandangkan ia turut dilengkapi dengan fungsi ‘Selfie Softlight’ pada kamera hadapannya.

Spesifikasi vivo Y69:

  • MediaTek MT6750
  • 32GB + RAM 3GB
  • FunTouch OS 3.2 (berasaskan Android 7.0 Nougat)
  • 5.5 inci HD (1280 x 720 piksel)
  • 154.6 x 75.5 x 7.7mm / 162.8g
  • Kamera utama : 13 Megapiksel (f/2.2, LED flash)
  • Kamera hadapan : 16 Megapiksel (f/2.0, Selfie Softlight)
  • 3,000 mAh
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend