Vivo Y50 Diumumkan Dengan Snapdragon 665, Skrin 6.53″, Kuadkamera Comments Off on Vivo Y50 Diumumkan Dengan Snapdragon 665, Skrin 6.53″, Kuadkamera

Vivo Y50 kini rasmi untuk pasaran Kemboja apabila Facebook rasmi syarikat di sana memuat naik imej peranti dengan harga jualannya. Di sana, ia ditawarkan pada harga US$250 (~RM1090) sebuah.

Vivo Y50 hadir dengan paparan bersaiz 6.53-inci beresolusi FHD+ yang menempatkan kamera depan berlubang dengan bezel nipis di dagu peranti. Dibelakangnya pula terdapat sistem kuadkamera yang menyusunkan sensor 13MP utama, 8MP ultralebar (120°), 2MP makro, dan 2MP kedalaman untuk gambar potret.

Telefon pintar ini membawakan bateri sebesar 5000mAh disamping sokongan pengecasan pantas 18W menerusi sambungan USB Type-C. Untuk sistem keselamatan, pengimbas cap jari juga tersedia di panel belakang.

Vivo Y50 dikuasakan cipset Snapdragon 665 yang dibantu oleh memori 8GB RAM, dan 128GB keluasan storan. Pengguna juga boleh menambah kad microSD jika diperlukan.

Peranti ini dikeluarkan dalam dua pilihan warna iaitu biru dan juga hitam. Buat masa ini tiada maklumat mengenai ketersediaannya untuk pasaran luar Kemboja termasuk Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend