Vivo Y30 Berharga RM899 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 9 Mei 2020 Comments Off on Vivo Y30 Berharga RM899 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 9 Mei 2020

Dalam diam-diam Vivo Malaysia bakal melancarkan satu lagi peranti terbaharunya untuk pasaran tempatan dengan kehadiran model Vivo Y30 yang dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada 9 Mei 2020.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan di Vivo Flagship Store di Lazada, Vivo Y30 akan dijual di Malaysia pada harga RM899. Ia akan ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Moonstone White dan Dazzle Blue.

Vivo Y30 akan dikuasakan dengan cipset MediaTek Helio P35, kombinasi memori 4GB + 128GB, dioperasikan oleh Android 10, paparan skrin Ultra O Display berukuran 6.47 inci HD+ (720 x 1560 piksel), kamera depan 8MP, kuad kamera 13MP + 8MP + 2MP + 2MP, dan juga bateri sebesar 5000mAh.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend