Vivo Y3 Diumumkan Dengan Cipset Helio P35, Tri-kamera Belakang, Bateri 5,000mAh Comments Off on Vivo Y3 Diumumkan Dengan Cipset Helio P35, Tri-kamera Belakang, Bateri 5,000mAh 487

Vivo hari ini memperkenalkan telefon pintar terbaru iaitu Vivo Y3, sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang dilengkapi cip pemproses lapan teras MediaTek Helio P35 yang dijana sistem operasi Funtouch OS 9 berasaskan Android Pie.

Vivo Y3 memiliki nisbah skrin-ke-kerangka sebanyak 89% melalui skrin bersaiz 6.35-inci HD+ dengan takuk titisan air. Telefon pintar ini dikuasakan bateri sebesar 5,000mAh bersama sokongan pengecasan pantas 18W Dual-Engine menerusi sambungan microUSB.

Daripada segi penggambaran, Y3 menyediakan tiga kamera belakang menggabungkan sensor 13MP f/2.2 + 8MP f/2.2 + 2MP f/2.4. Sementara kamera depan hadir dengan sensor 16MP yang juga menyokong sistem keselamatan, Face Unlock.

Antara ciri-ciri yang dibawakan adalah pengimbas cap jari di belakang, Jovi (bantuan digital berasaskan AI), Easy Mode, dan mod permainan yang dipanggil Game Cube.

Vivo Y3 didatangkan dengan pilihan warna Peacock Blue, Peach Pink, dan Ink Blue untuk pasaran China dengan tanda harga CNY1,500 atau RM905 mengikut tukaran mata wang semasa.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend