Vivo Y17 Diperkenalkan Dengan Helio P35, Tiga Kamera, Bateri 5000 mAh dan Pengecasan 18W Comments Off on Vivo Y17 Diperkenalkan Dengan Helio P35, Tiga Kamera, Bateri 5000 mAh dan Pengecasan 18W 805

Vivo hari ini secara rasminya telahpun melancarkan telefon pintar kelas pertengahannya untuk pasaran di India dengan kemunculan model Vivo Y17. Penawaran model baharu daripada Vivo ini dijangka mampu menarik perhatian banyak pihak kerana ia menjanjikan sokongan spesifikasi menarik pada harga yang lebih kompetitif.

Vivo Y17 dilengkapi panel skrin IPS LCD HD+ berukuran 6.35 inci dengan nisbah paparan 19.3:9, dan mengekalkan rekaan takuk kecil yang menempatkan kamera depan beresolusi 20MP (f/2.0). Manakala untuk panel belakangnya pula, ia menjanjikan keupayaan penggambaran yang lebih baik dengan sokongan tiga kamera AI beresolusi 13MP (f/2.2) + 8MP (f/2.2, Wide Angle) + 2MP (Depth sensor), dan juga sensor pengimbas cap jari.

Salah satu fungsi menarik yang menjadi kelebihan Vivo Y17 adalah sokongan kapasiti bateri yang sangat besar iaitu mencecah 5000 mAh dengan teknologi pengecasan 18W. Malah sokongan cipset MediaTek Helio P35 dengan kombinasi storan 4GB + 128GB pada peranti ini turut menjanjikan prestasi yang jauh lebih berkuasa dengan penyediaan teknologi Ultra Game Mode khusus untuk kelancaran permainan.

Tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Mineral Blue dan Mystic Purple, Vivo Y17 dijual di India pada harga Rs.17,990 iaitu kira-kira RM1,063.

Pilihan warna Vivo Y17 – Mineral Blue dan Mystic Purple.

Baca juga:

Vivo V15 Pro (8GB+128GB) Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,899 Bermula 20 April

Vivo Umum Maklumat Pendaftaran Untuk PUBG Mobile Malaysia National Championship 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend