Vivo Y15 2020 Berbaterikan 5000mAh Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM599 Comments Off on Vivo Y15 2020 Berbaterikan 5000mAh Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM599

Vivo Y15 2020 akhirnya dijual secara rasmi di Malaysia dengan tanda harga RM599 sebuah. Telefon ini berada dibawah kelas pertengahan-bawah yang dilengkapi paparan Halo FullView 6.35-inci dengan resolusi HD+.

Vivo Y15 2020 dikuasakan cip pemproses MediaTek MT6762 dengan bantuan memori 4GB dan 64GB storan serta dijalankan di atas sistem operasi Funtouch OS 9 berasaskan Android 9 Pie.

Ia menawarkan tiga kamera belakang menerusi sensor 13MP + 8MP ultralebar + 2MP kedalaman bersama kamera depan 16MP diikuti beberapa ciri penggambaran terkini. Melengkapi peranti, sebuah bateri berkapasiti 5000mAh telah diletakkan bersama.

Vivo Y15 2020 hadir dalam dua pilihan warna iaitu Phantom Black dan Burgundy Red yang mana kini tersedia di semua kedai dalam dan luar talian seluruh negara.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend