Vivo Y12 Dengan Tiga Kamera, Bateri 5000 mAh Dan Helio P22, Akan Dijual Bermula 13 Julai Pada Harga RM599 Comments Off on Vivo Y12 Dengan Tiga Kamera, Bateri 5000 mAh Dan Helio P22, Akan Dijual Bermula 13 Julai Pada Harga RM599 860

Hari ini Vivo Malaysia secara rasminya telah mengumumkan kemunculan satu lagi model telefon pintar bajet terbaharunya iaitu Vivo Y12 yang akan dibawa masuk untuk pasaran tempatan.

Vivo Y12 dikuasakan dengan cipset MediaTek Helio P22 ini akan ditawarkan dalam satu varian sahaja untuk pengguna di Malaysia iaitu 3GB + 32GB. Dioperasikan dengan Funtouch OS 9 berasaskan Android 9.0 Pie, ia turut dilengkapi dengan paparan skrin IPS LCD berukuran 6.35 inci HD+ (1544 x 720 piksel).

Keupayaan penggambarannya juga agak mengejutkan bagi sebuah telefon pintar bajet apabila menyokong tiga kamera AI beresolusi 13MP + 8MP (Ultra Wide Angle) + 2MP (Depth sensor), dan juga kamera depan beresolusi 8MP. Malah ia juga turut menjanjikan kapasiti bateri yang sangat besar iaitu mencecah 5000 mAh.

Vivo Y12 yang tersedia dalam dua warna menarik iaitu Aqua Blue dan Burgundy Red ini akan dijual pada harga RM599 bermula 13 Julai 2019 nanti. Ia boleh dimiliki di semua Vivo Concept Stores, penjual Vivo yang sah, dan juga rakan niaga Vivo yang sah.

Spesifikasi Vivo Y12:

  • Funtouch OS 9 (Android 9 Pie)
  • Mediatek Helio P22 (8x 2.0GHz)
  • 3GB + 32GB
  • 6.35 inci IPS LCD HD+ (1544 x 720 piksel)
  • Kamera utama: 13MP + 8MP (Ultra Wide Angle) + 2MP (Depth sensor)
  • Kamera depan: 8MP
  • 5,000 mAh
  • Pengimbas cap jari
  • Dwi SIM dengan slot kad microSD berasingan sehingga 256GB
  • Pilihan warna: Aqua Blue, Burgundy Red

Tawaran Istimewa daripada Satu Gadget:

Anda kini sudah boleh membuat pra-tempah Vivo Y12 secara dalam talian di Satu Gadget atau anda boleh terus mengunjungi cawangan Satu Gadget HQ di Menara PGRM bermula 12 Julai 2019. Seramai 50 pembeli terawal yang membuat pembelian Vivo Y12 pada hari tersebut akan turut menerima 12 hadiah percuma.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend