Vivo X23 Star Edition Dengan Efek Warna Dua Tona Unik Kini Dilancarkan Di China Comments Off on Vivo X23 Star Edition Dengan Efek Warna Dua Tona Unik Kini Dilancarkan Di China

Vivo X23 dilancarkan secara rasmi pada awal September yang lalu dan ia telah diperkenalkan dalam tiga warna pilihan iaitu Phantom Purple, Phantom Red dan juga Midnight Blue. Hari ini Vivo X23 telah diperkenalkan pula dalam edisi istimewa iaitu Vivo X23 Star Edition yang memiliki efek warna dua tona yang lebih unik.

Berbeza dengan efek warna dua tona sebelum ini, Vivo X23 Star Edition hadir dengan kemasan warna yang berbeza jika dibandingkan dengan peranti lain di pasaran. Ini kerana panel kaca berwarna merah pada peranti ini akan menghasilkan warna yang lebih kontras secara menegak pada permukaannya, apabila dipegang pada sudut tertentu.

Vivo X23 Star Edition masih menyokong spesifikasi yang sama seperti sebelum ini iaitu paparan Super AMOLED 6.4 inci FHD+, dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 670, dioperasikan oleh FunTouch OS 4.1 (Android 8.1 Oreo), bateri 3400 mAh dengan pengecasan pantas 22.5W, dwi kamera utama 12MP + 13MP, kamera depan 12MP, memori 8GB + 128GB, dan juga sokongan System Turbo serta Game Turbo.

Ia akan dijual di China pada harga CNY3,498 (kira-kira RM2,120) iaitu sama seperti varian sebelum ini.

Baca juga:

Vivo X23 Dengan Qualcomm Snapdragon 670 Dan RAM 8GB Dilengkapi Fungsi ‘System & Game Turbo’ Kini Dilancarkan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend