vivo X21 UD Dengan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Akan Dilancarkan Pada 19 Mac 2018 Comments Off on vivo X21 UD Dengan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Akan Dilancarkan Pada 19 Mac 2018 423

Berita terbaru yang diterima, vivo dikatakan akan membawakan fungsi pengimbas cap jari pada skrin yang diperkenalkan pada vivo X20 UD pada awal tahun ini untuk model terbaru keluarannya iaitu vivo X21 UD. Menurut laman PocketNow, model ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi di China pada 19 Mac 2018 nanti.

Kehadiran perkataan ‘UD’ pada model vivo X21 UD ini merujuk kepada ‘Under Display’ yang merujuk kepada sokongan sensor pengimbas cap jari yang terbina dalam paparan skrin. Sebagaimana vivo V9 yang tampil dengan rekaan paparan skrin penuh, vivo X21 UD dipercayai bakal menawarkan rekaan yang sama.

 

vivo X21 UD dikatakan akan dikuasakan dengan cip lapan teras terbaru Qualcomm SDM670 Snapdragon 670 yang berasaskan kepada pemproses 10 nm LPP dan juga GPU Adreno 615. Selain itu ia juga dikatakan menyokong teknologi pengecasan pantas dengan output maksimum sehingga 18W.

Gambar rekaan vivo X21 UD yang tertiris di Internet sebelum ini.

Menurut sumber yang berlainan, vivo bukan sahaja akan melancarkan model vivo X21 UD di dalam majlis pelancaran itu, tetapi turut memperkenalkan tiga lagi varian berbeza untuk siri tersebut. Antara varian yang akan didedahkan termasuklah vivo X21 dan vivo X21A yang tidak menyokong ciri ‘Under Display’ dan juga varian tambahan iaitu vivo X21 UD A.

Sumber : sohu, PocketNow

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend