vivo X21 Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Kini Dilancarkan Pada Harga RM2,299 – Bermula 9 Jun 2018 Comments Off on vivo X21 Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Kini Dilancarkan Pada Harga RM2,299 – Bermula 9 Jun 2018

vivo sebelum ini pernah mencetuskan kejutan apabila berjaya menjadi pengeluar telefon pintar pertama di dunia yang berjaya memperkenalkan teknologi pengimbas cap pada skrin yang pertama seumpamanya di pasaran. Kini selepas beberapa bulan ia diperkenalkan, akhirnya vivo Malaysia telah melancarkan model vivo X21 untuk pasaran tempatan secara rasmi.

Selain sokongan teknologi inovatif tersebut, vivo X21 turut dilengkapi dengan sokongan keselamatan biometrik berasaskan pengecaman wajah yang kini telah dipertingkatkan iaitu Face Access. vivo X21 juga hadir dengan sokongan paparan FullView berukuran 6.28 inci FHD+ yang memiliki takuk yang kecil pada bahagian atas skrin. Penggunaan teknologi pengurusan warna paparan P3 turut menjanjikan gamut warna yang lebih tepat dan berkualiti.

Hadir dengan sokongan dwi kamera beresolusi 12 Megapiksel (f/1.8) + 5 Megapiksel (f/2.4) dengan teknologi Dual Pixel Sensor mampu memastikan masa fokus yang sangat pantas dan dalam masa yang sama berupaya menghasilkan efek bokeh yang lebih sempurna. Tidak cukup dengan itu, vivo X21 juga turut menyokong fungsi AI Scene Recognition yang mampu mengaktifkan mod penggambaran bergantung kepada subjek dan persekitaran.

vivo X21 akan dijual pada harga RM2,299 bermula 9 Jun 2018 nanti. Bagi yang berminat, vivo X21 boleh dimiliki di semua kedai konsep vivo, pengedar yang sah dan juga secara eksklusif melalui Digi.

Spesifikasi vivo X21:

  • Funtouch OS 4.0 (berasaskan Android 8.1 Oreo)
  • Qualcomm Snapdragon 660
  • 128GB + RAM 6GB
  • microSD sehingga 256GB
  • 6.28 inci Super AMOLED
  • FHD+ (2280 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 12 Megapiksel (f/1.8, Dual Pixel Sensor) + 5 Megapiksel (f/2.0)
  • Kamera hadapan: 12 Megapiksel (f/2.0, Dual Pixel Sensor)
  • 3200 mAh
  • Bluetooh 5.0, microUSB 2.0, USB OTG
  • Black
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend