Vivo X21 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 5 Jun 2018 Comments Off on Vivo X21 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 5 Jun 2018

Jika sebelum ini vivo Malaysia telah mengesahkan akan membawa masuk model vivo X21 untuk pasaran tempatan, nampaknya hari ini berita itu telah disahkan selepas tarikh pelancarannya telah diumumkan kepada rasmi pada 5 Jun 2018 nanti.

vivo X21 dengan sokongan pengimbas cap jari pada skrin ini menyokong paparan skrin AMOLED sebesar 6.28 inci, dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 660, dioperasikan oleh Funtouch OS 4.0 (Android 8.1 Oreo), sokongan storan dalaman mencecah sehingga 128GB, memori RAM 6GB, kamera hadapan 12 Megapiksel, dwi kamera utama beresolusi 12 Megapiksel + 5 Megapiksel, dan juga bateri berkapasiti 3200 mAh.

Bagi mengetahui harga dan juga tarikh jualan vivo X21 di Malaysia, sama-sama nantikannya pendedahannya pada hari pelancaran rasminya itu nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend