‘Vivo Vision Photography’ Tawar Hadiah Wang Tunai Sehingga RM6800, Terbuka Untuk Pemilik Peranti Vivo Comments Off on ‘Vivo Vision Photography’ Tawar Hadiah Wang Tunai Sehingga RM6800, Terbuka Untuk Pemilik Peranti Vivo 182

Bermula 1 November hingga 15 November 2019, Vivo Malaysia telah menganjurkan sebuah pertandingan fotografi iaitu ‘Vivo Vision Photography’ yang terbuka untuk semua pemilik telefon pintar Vivo yang berumur 12 tahun ke atas, dan juga merupakan warganegara Malaysia.

Bagi yang berminat, pertandingan fotografi ini telah dibahagikan kepada empat kategori berbeza iaitu lanskap, haiwan, tumbuhan ataupun orang. Tiga pemenang akan dipilih bagi setiap kategori iaitu wang tunai RM1,000 untuk hadiah utama, RM500 untuk tempat kedua, dan juga RM200 untuk tempat ketiga.

Setiap penyertaan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 15 November 2019 (12 tengah malam), dan senarai pemenang akan diumumkan pada 19 November 2019. Untuk menyertai pertandingan ‘Vivo Vision Photography’, anda hanya perlu mengikut beberapa langkah mudah seperti berikut:

Langkah 1 – Ambil gambar Landscape, Animal, Plant atau People, dan pastikan anda mengaktifkan tera air (watermark) Vivo pada kamera.

Langkah 2 – Muat naik gambar di Instagram.

Langkah 3 – Tulis caption kreatif pada post dan selitkan tanda pagar #vivovision dan kategori yang telah dipilih. (contoh: #vivovisionlandscape #vivovisionanimals #vivovisionplants #vivovisionpeople)

Langkah 4 – Tag @vivo_Malaysia

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung terma dan syarat pertandingan, anda boleh layari Facebook rasmi Vivo Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend