vivo V9 : Peranti Mampu Milik Dengan Sokongan Paparan Skrin Bertakuk Dan Dwi Kamera Comments Off on vivo V9 : Peranti Mampu Milik Dengan Sokongan Paparan Skrin Bertakuk Dan Dwi Kamera 870

Bermula dengan kehadiran iPhone X di pasaran, rekaan paparan skrin dengan takuk sudah mula menjadi trend lebih banyak pengeluar telefon pintar. vivo merupakan salah satu jenama yang cuba mempopularkan rekaan paparan skrin bertakuk ini dengan kemunculan model terbarunya iaitu vivo V9.

Selain menjadi peranti pertama keluaran vivo hadir dengan rekaan paparan skrin dengan takuk, vivo V9 juga merupakan model vivo yang pertama menyokong dwi kamera untuk penggambaran utamanya. Baru-baru ini kami telah diberi peluang untuk mencuba sendiri vivo V9 untuk tempoh masa yang agak terhad. Jadi berikut adalah ulasan kami tentang vivo V9…

Harga Jualan : RM 1,399

 

Spesifikasi

  • FunTouch OS 4.0 (berasaskan Android 8.1 Oreo)

  • Tiga slot kad (SIM 1 : nanoSIM / SIM 2 : nanoSIM / microSD : sehingga 256GB)

  • Qualcomm MSM8953 Pro Snapdragon 626 (Octa Core 2.2GHz Cortex-A53, 14 nm LPP, Adreno 506)

  • 64GB + RAM 4GB (microSD sehingga 256GB)

  • 154.81 x 75.03 x 7.89mm / 150g

  • 6.3 inci IPS LCD FHD+ (2280 x 1080 piksel)

  • Kamera Utama : 16 Megapiksel + 5 Megapiksel (LED Flash)

  • Kamera Hadapan : 24 Megapiksel

  • 3260 mAh

  • Bluetooth v4.2, microUSB 2.0, OTG

  • Pilihan Warna : Gold, Pearl Black

 

Reka Bentuk

vivo V9 merupakan model pertama keluaran vivo yang menampilkan sokongan skrin jenis FullView Display dengan nisbah paparan 19:9 berukuran 6.3 inci yang menjanjikan nisbah skrin ke kerangka mencecah sehingga 90%. Walaupun hadir dengan saiz skrin yang besar, ia masih mampu menawarkan saiz kerangka sama besar dengan peranti 16:9 dengan paparan skrin sebesar 5.5 inci.

Bagi memastikan paparan skrin yang lebih luas, vivo V9 hadir dengan rekaan takuk (notch) pada bahagian atas skrin. Kewujudan takuk pada skrin ini bertujuan untuk menempatkan earpiece, kamera hadapan, light sensor dan juga LED notifikasi. Apa yang menariknya, keupayaan penggambaran swafoto vivo V9 lebih menyerlah dengan sokongan lensa beresolusi 24 Megapiksel yang dilengkapi teknologi AI Face Beauty, AR Sticker, dan juga AI Selfie Lighting. Lebih menariknya ciri AI Attention Sensing mampu mengecam sekiranya anda sedang melihat skrin dan secara automatik akan memastikan bunyi notifikasi, jam penggera atau panggilan masuk akan ditetapkan pada tahap yang minimum.

vivo V9 menawarkan dua jenis mod navigasi untuk mengawal paparan skrin iaitu Navigation keys yang hadir dengan ikon kawalan tipikal Android. Manakala Navigation gestures pula membolehkan kawalan skrin dibuat dengan kaedah leretan jari pada bar yang terdapat pada bawah skrin. Apa yang pasti, kaedah kawalan Navigation gestures ini terasa sangat mudah digunakan dan ia mirip seperti kaedah kawalan pada iPhone X.

Dilengkapi dengan dwi kamera beresolusi 16 Megapiksel + 5 Megapiksel, vivo V9 merupakan model pertama keluaran vivo menyokong dwi kamera untuk pasaran tempatan. Tidak cukup dengan itu, vivo V9 juga turut dilengkapi dengan teknologi AI Bokeh yang mampu menghasilkan efek bokeh yang boleh dilaras tahap kekaburannya selepas gambar diambil. Sokongan inovasi AI HDR juga berupaya memastikan hasil gambar yang lebih terang dalam setiap senario pencahayaan berbeza.

Sensor pengimbas cap jari vivo V9 ditempatkan pada bahagian belakang panelnya dan anda terus boleh mengakses peranti sebaik sahaja meletakkan jari pada sensor tersebut walaupun peranti berada dalam mod idle. Proses pengimbasan cap jari vivo V9 terasa sangat pantas, tetapi sebenarnya anda juga boleh mengakses peranti menggunakan kaedah AI Face Access yang akan menjalankan proses imbasan wajah yang lebih terjamin supaya tidak boleh diakses menggunakan gambar ataupun video.

Bahagian bawah kerangka vivo V9 menempatkan port 3.5mm audio jack, mikrofon, port microUSB, dan juga speaker mono. Sememangnya agak mengecewakan kerana ia tidak dilengkapi dengan ciri terkini seperti sokongan speaker stereo dan juga port USB Type-C. Malah proses pengecasannya juga agak perlahan kerana tidak didatangkan dengan teknologi pengecasan pantas.

Dengan vivo V9 anda boleh menggunakan dua kad SIM bersaiz nano dan juga kad microSD secara serentak kerana ia menyokong tiga slot berasingan.

Fungsi Menarik

Selain daripada rekaan dengan sentuhan moden, vivo V9 yang dioperasikan dengan FunTouch OS 4.0 berasaskan Android 8.1 Oreo ini juga turut disediakan dengan beberapa fungsi menarik yang boleh digunakan oleh pengguna. Berikut adalah antara fungsi menarik yang disokong :

 

Prestasi

AnTuTu : 90758

Geekbench 4 : 948 (single-core) / 4614 (multi-core)

GFXBench Manhattan 3.1 (on-screen) : 6.1

Basemark OS II : 1297

 

Pakej Pembelian

Kotak pembungkusan
Aksesori – Pelindung skrin (siap dipasang), sarung pelindung silikon, kabel microUSB, palam kuasa 5V2A, earphone, pin slot kad dan buku manual.

 

Hasil Gambar

 

Pendapat

Dengan harga jualan di bawah RM1500, vivo V9 boleh dianggap salah satu peranti yang berbaloi untuk dimiliki secara keseluruhannya. Ini kerana walaupun boleh dikategorikan dalam kelas harga yang mampu milik, ia menampilkan rekaan yang mirip seperti kebanyakan peranti flagship dengan sokongan paparan skrin hampir penuh. Malah ia juga menawarkan sokongan spesifikasi yang tidak mengecewakan kerana masih mampu memastikan kelancaran pengoperasian walaupun ketika anda bermain permainan popular seperti Mobile Legends ataupun PUBG Mobile.

Namun kehadiran takuk pada skrin mungkin membuat ada di antara pengguna yang tidak begitu menggemari rekaannya, tetapi ia sedikit sebanyak berjaya membezakan vivo V9 dengan kebanyakan peranti mampu milik yang lain di pasaran. Selain itu, ketiadaan fungsi pengecasan pantas pada vivo V9 ini juga agak mengecewakan kerana ia mengambil masa yang agak lama untuk mengecas penuh bateri berkapasiti 3260 mAh ini.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend