Vivo V9 Dengan Paparan FullView Dan AI Smart Engine Dijual Pada Harga RM1399 Comments Off on Vivo V9 Dengan Paparan FullView Dan AI Smart Engine Dijual Pada Harga RM1399

vivo V9 bukanlah sebuah peranti yang asing lagi kerana sebelum ia mula dijual secara rasmi di negara ini, pelbagai khabar angin tentang model flagship terbaru keluaran vivo ini telah tersebar di Internet.

Kini model yang dinanti-nantikan itu telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga jualan RM1399 bermula 31 Mac 2018 nanti melalui semua kedai vivo dan juga pengedar sah di seluruh negara. Lebih istimewa, vivo Malaysia turut melantik personaliti tempatan Alvin Chong sebagai Ikon Muzik, menyertai duta jenama Janna Nick dan juga Ikon Swafoto Joyce Chu.

vivo V9 yang dilengkapi dengan kamera hadapan 24 Megapiksel dan juga kombinasi dwi kamera beresolusi 16 Megapiksel + 5 Megapiksel ini turut menawarkan kualiti penggambaran terbaik dengan ciri AI Face Beauty dan juga AI Super HDR. Sokongan AI Selfie Lighting juga turut disediakan bagi menghasilkan gambar yang lebih artistik dengan pilihan efek seperti Natural Light, Studio Light, Stereo Light ataupun Monochrome Background.

Dari aspek prestasi pula, vivo V9 yang dioperasikan dengan FunTouch OS 4.0 berasaskan Android 8.1 Oreo dan juga dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 626 ini turut menyokong ciri AI Smart Engine. Ia akan mempelajari corak penggunaan anda dan secara automatik akan memastikan pengalaman penggunaan yang optimum. Ini bermakna ia mampu menjangka apa yang anda ingin lakukan dan dalam masa yang sama menjanjikan bukaan aplikasi 20% lebih pantas.

vivo V9 yang menyokong storan 64GB dengan RAM 4GB ini juga turut dikemaskinikan dengan Game Mode bagi membolehkan mesej, panggilan masuk dan juga notifikasi disekat ketika mereka bermain permainan mudah alih. Tidak cukup dengan itu, vivo V9 turut didatangkan dengan karakter hero gred S iaitu Lauriel untuk permainan Garena AOV (Arena Of Valor). Malah mereka yang telah membuat pra-tempah akan turut menerima skin Lauriel iaitu Black Wing.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend