Vivo V9 Akan Diperkenalkan Dalam Dua Warna Baharu – Sapphire Blue Dan Velvet Red Comments Off on Vivo V9 Akan Diperkenalkan Dalam Dua Warna Baharu – Sapphire Blue Dan Velvet Red

vivo V9 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada penghujung Mac 2018 yang lalu dengan harga jualan RM1,399. Pada awal kemunculannya, vivo V9 yang menyokong paparan skrin FullView Display berukuran 6.3 inci FHD+ ini hanya diperkenalkan dalam dua warna pilihan iaitu Gold dan juga Pearl Black.

Hari ini melalui akaun Tweeter rasmi vivo Malaysia, pengguna di negara ini akan menerima dua lagi warna baharu yang tampil lebih menyerlah iaitu Sapphire Blue dan juga Velvet Red. Walau bagaimanapun dua warna baharu dari vivo ini masih lagi tidak dapat disahkan bila akan mula diperkenalkan secara rasmi di negara ini.

vivo V9 dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 626, dioperasikan dengan FunTouch OS 4.0 berasaskan Android 8.1 Oreo, dilengkapi dengan tiga slot kad berasingan, ruang storan 64GB dengan RAM 4GB, dwi kamera utama beresolusi 16 Megapiksel + 5 Megapiksel, kamera hadapan 24 Megapiksel, dan juga bateri bateri berkapasiti 3260 mAh.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend